selamat datang ke....

Sponsor Utama

Friday, April 2, 2010

mcm mne nk promot blog dgn lebih berkesan???

YA! Soalan paling kerap di tanya oleh blogger!
Apakah cara2 untuk mendapatkan beribu-ribu
pengunjung tersebut? jap2 nk pk jap.... :)

PERTAMA

Link amat penting dalam promosi hinggakan satu2 proses promosi tersebut hanya
berkisarkan tentang “Bagaimana mendapat Link sebanyak mungkin” . Itu sahaja!

LINK yang bagus adalah link yang mempunyai anchor word yang berkaitan dengan blog
anda.

semasa promosi produk anda di dalam blog anda misalnya , gunakan anchor link yang “Menjual
Bukan anchor link yang “memaksa” . Antara perkataan yang “menjual” adalah PERCUMA! ,
BERKESAN!! , Cepat! , TERHAD ! dan yang sewaktu dengannya. (mcm nk pikat awek gk, mane blh paksa2 kn :) kne ayat baik punye, ok....)Ingat tu!

KEDUA

Berjalan2 di BLOG Lain (blogwalking)

Caranya amat mudah. Anda tentunya seorang pembaca blog yang “tegar” . Kalau tak, tak
mungkin anda terniat mempunyai blog, betul x ?
Maka salah satu cara promosi blog anda yang paling mudah adalah dengan mengikuti/ mengomen (Comment-ing) kat ruangan comment blog2 yang selalu anda baca. Join the conversation, jangan minta diorang lawat blog anda.

Cukuplah dengan memberi pandangan yang bernas bagi satu2 topik yang dibincangkan.
Jika pandangan anda bagus, kredibiliti anda akan meningkat. Pembaca2 blog tersebut
akan memandang anda sebagai seorang yang “Authoritative” dalam topic tersebut dan mereka tentu mahu tahu lebih lanjut tentang anda. Secara tak sengaja mereka akan klik Nickname anda di comments tersebut kerana biasanya setiap nickname adalah backlink ke blog anda. Maka, satu teknik mencuri pembaca daripada blog orang lain telah anda lakukan!!
Ingat ini:
JANGAN SPAM . JANGAN MEMAKSA mereka melawat , JANGAN
MENGIKLAN .
Itu sahaja

KETIGA

Be creative!
Pelbagaikan penulisan anda kerana pembaca yang bosan akan lari
meninggalkan blog anda. Untuk menyampaikan satu2 info, tidak semestinya wajib menulis. Anda boleh juga menggunakan Audio (Podcast) Video (Vlog) dan juga kedua-duanya sekali (Multimedia) .

KEEMPAT

berforum
selalu2 lah berforum dan dalam masa yang sama kene bijak meletakkan promosi ke blog anda. Anda juga perlu melahirkan buah fikiran yang kreatif semasa berforum supaya dapat membina kredibiliti anda sebagai pemforum yg baik, dan dalam masa yang sama akan menarik pembaca untuk mengenali anda dgn lebih dekat dgn "menjenguk" blog anda dgn mengklik pd link blog anda yang telah anda letak td.
selain itu, anda boleh meletakkan link blog anda di signature. Ia nya juga salah satu teknik berkesan dalam mempromosikan blog anda (jika kena pada caranya...huhu)

p/s: klu anda mempunyai cadangan lain sila tambah cadangan anda di kotak komen di bwh ye....tq :)

No comments:

Post a Comment